Sunday, May 19, 2013

How to apply Masters.


Lanjutan daripada entry lepas. Request daripada cik nab. Suka menyusahkan orang budak ni. Cane boleh kenal dulu ni =.= *haha. gurau2.  Ok how to apply. Untuk program Masters ni kena apply ikut uni yang kita berminat tu (except UiTM). Bukan macam zaman purba kala degree@diploma@matriks tu yang korang kena beli no.pin bagai dan kemasukan diuruskan oleh UPU. Sekarang dah besar semua kena buat sendiri beb!

Ok contoh kalau berminat nak masuk UTM. Kena bukak website UTM. Isi semua yang dia nak. Then biasanya akan ada processing fee sikit. Processing fee UTM murah je dalam rm20+ sebab kalau compare dengan USM lagi mahal tak silap antara RM70@75.. Payment boleh buat ikut suka online atau manual yang penting bukti payment nanti kena attach skali masa nak submit application tu. Kalau UKM aku tak pasti ada application online ke tak sebab dulu buat manual rasanya. Nak senang bukak website Uni yang kita minat tu lah.

Ok kalau korang nak masuk UiTM kan. Yang ni special sikit. Kena berlari berkejaran pergi bank beli nombor pin. Rasanya tak silap aku permohonan Masters kat Uitm ni dah bukak sekarang ni bulan Mei. Uni lain pun lebih kurang ni jugak tarikh permohonan dia. Perlu sentiasa baca paper atau rajin-rajinlah bukak website uni tu untuk update.

Ok enough about how to apply. Additional info about Masters mode.

Kalau coursework/mix mode senang je isi macam biasa.

Kalau research special sikit sebab kena ada proposal masa nak apply tu. Biasa 3@5 pages dah cukup. Kalau UMT nak 3 pages je untuk Masters. Phd nak lima pages. Dalam proposal biasalah letak pape yang patut objektif, method, literature review sikit etc. Gaya FYP aka PSM lah nabil.

Lagi additional info about research. Untuk part supervisor, kalau uni sendiri boleh pilih lecturer yang best2 dalam bidang yang korang nak tu. Untuk budak research pemilihan SV tersangat lah penting sebab nanti dengan dia la nak consult mengadu project segala pun.
Tapi kalau minat nak pergi uni lain boleh mintak tolong kawan suggest kan mana2 lecturer yang best dalam bidang tersebut. Maksud best dalam konteks ayat di atas adalah pakar dalam bidang tersebut+ sporting tak banyak songeh. **Yang ni amat penting sebab hidup mati perjalanan Masters sangat dipengaruhi oleh SV.

Ok kalau katalah takde membe kat uni tu *kesiaaaan boleh je isi macam biasa. Part yang dia suruh isi nama lecturer tu biarkan aje kosong. Nanti selepas sesi ‘lelongan perdana’ korang dapat la sorang lecturer dan boleh mula consult dengan beliau. 

Okeh ni je rasanya info sal nak mohon benda ni. Once again gud luck Dr. Nabilah!!

No comments:

Post a Comment