Wednesday, May 29, 2013

: D

Budak Masters merengek kat budak PhD cakap Masters ni susah samalah dengan

budak undergrad merengek kat budak Masters cakap FYP tu susah. : D

ALHAMDULILLAH YA RABB~

Sudah ku nampak bunga2 nak pakai jubah konvo maroon tu tahun depan.hek2. Okeh hari ni kira siap lah Bab 2..hek2. Harap2 kira betol la aku modified model cam tu..hehe. BAB 1,2 DAN 3 COMPLETE!! NEXT 4, 5, 6 AND 7~

Kalau setel SEM boleh dah start hibrid dengan BOOTSTRAP ni..Kira campur sekali SEM dengan BOOTSTRAP dalam satu bekas, gaul sebati then goreng. oke merapu. kbai! 

Monday, May 27, 2013

^___^

Life is too short to wake up in the morning with regrets.
So, love the people who treat you right,
And forget about the ones who don’t.

And believe that everything happens for a reason..

                        If you get a chance – take it;
                        If it changes your life – let it.

Nobody said that it would be easy...  
                        They just promised
                        It would be worth it.
^___^

Sunday, May 19, 2013

~Laksa dan Laksam Terengganu~


Ok sekarang pukul 2.20am. Teringin pulak tekak ni nak makan laksa dengan laksam. Dugaan budak diet yang suka makan. =.= 

Laksa Terengganu >>The best laksa in the world!!


Laksam Terengganu. lapo ase wehh.T__T


Ok baik g tido dari merapu. sekian. wasalam.

let's polish up our quote!!

  • Belief creates the actual fact.
  • Believe you can and you're halfway there.
  • Give light and people will find the way.
  • Nothing is impossible, the word itself says 'I'm possible'!
  • don't you dare to say you love me unless you're really mean it because i might do something crazy like believe it!

How to apply Masters.


Lanjutan daripada entry lepas. Request daripada cik nab. Suka menyusahkan orang budak ni. Cane boleh kenal dulu ni =.= *haha. gurau2.  Ok how to apply. Untuk program Masters ni kena apply ikut uni yang kita berminat tu (except UiTM). Bukan macam zaman purba kala degree@diploma@matriks tu yang korang kena beli no.pin bagai dan kemasukan diuruskan oleh UPU. Sekarang dah besar semua kena buat sendiri beb!

Ok contoh kalau berminat nak masuk UTM. Kena bukak website UTM. Isi semua yang dia nak. Then biasanya akan ada processing fee sikit. Processing fee UTM murah je dalam rm20+ sebab kalau compare dengan USM lagi mahal tak silap antara RM70@75.. Payment boleh buat ikut suka online atau manual yang penting bukti payment nanti kena attach skali masa nak submit application tu. Kalau UKM aku tak pasti ada application online ke tak sebab dulu buat manual rasanya. Nak senang bukak website Uni yang kita minat tu lah.

Ok kalau korang nak masuk UiTM kan. Yang ni special sikit. Kena berlari berkejaran pergi bank beli nombor pin. Rasanya tak silap aku permohonan Masters kat Uitm ni dah bukak sekarang ni bulan Mei. Uni lain pun lebih kurang ni jugak tarikh permohonan dia. Perlu sentiasa baca paper atau rajin-rajinlah bukak website uni tu untuk update.

Ok enough about how to apply. Additional info about Masters mode.

Kalau coursework/mix mode senang je isi macam biasa.

Kalau research special sikit sebab kena ada proposal masa nak apply tu. Biasa 3@5 pages dah cukup. Kalau UMT nak 3 pages je untuk Masters. Phd nak lima pages. Dalam proposal biasalah letak pape yang patut objektif, method, literature review sikit etc. Gaya FYP aka PSM lah nabil.

Lagi additional info about research. Untuk part supervisor, kalau uni sendiri boleh pilih lecturer yang best2 dalam bidang yang korang nak tu. Untuk budak research pemilihan SV tersangat lah penting sebab nanti dengan dia la nak consult mengadu project segala pun.
Tapi kalau minat nak pergi uni lain boleh mintak tolong kawan suggest kan mana2 lecturer yang best dalam bidang tersebut. Maksud best dalam konteks ayat di atas adalah pakar dalam bidang tersebut+ sporting tak banyak songeh. **Yang ni amat penting sebab hidup mati perjalanan Masters sangat dipengaruhi oleh SV.

Ok kalau katalah takde membe kat uni tu *kesiaaaan boleh je isi macam biasa. Part yang dia suruh isi nama lecturer tu biarkan aje kosong. Nanti selepas sesi ‘lelongan perdana’ korang dapat la sorang lecturer dan boleh mula consult dengan beliau. 

Okeh ni je rasanya info sal nak mohon benda ni. Once again gud luck Dr. Nabilah!!

Thursday, May 2, 2013

Kerja ke sambung Masters??



Assalamualaikum dan salam sejahtera..ok aku nak share serba sedikit pasal info Masters+ pro and cons sambung Masters.. hope kawan2 can get some benefit from this entry and may it help you to decide your wonderful path after graduation~

Ok cakap serba sedikit pasal Masters dulu. Kalau ikut bahasa Melayu Ijazah Sarjana. Ma aku selalu tanya sekarang aku ni buat ijazah ke masters..penat tiap kali ma tanya aku kena explain.biasa ma tanya aku soklan macam ni lepas dia hang out dengan member2 dia..ahaha.

Degree= Ijazah Sarjana Muda.
Masters=Ijazah Sarjana Tua.
Next, Masters ada 3 jenis
  •      Coursework (nak senang yg ni mcm zaman degree korang dulu lah.bangun pepagi pergi kelas balik kelas then end the of the sem ade final exam.)
  •     Mix mode (yang ni plak macam zaman kesusahan keperitan kejerihan kepayahan final year project korang.ade kelas+ ade fyp)
  •      Research (yang ni korang bayangkan mcm ni je.FYP ONLY. So hadap journal, tenung lame2 sampai paham hadamkan and buat experiment@run data tuh.) 

Ok lagi sikit info pasal coursework/mix mode- kalau ambil pilihan ni insyaALLAH akan grad on time lah. Tu pun kalau tak sangkut mane2 paper okay. Biasa tempoh masa yang uni tetapkan untuk mode ni ialah 1-2 tahun.
Info pasal research mode plak- kalau ikut uni aku min buat setahun. max dalam uni rules book cakap dua tahun.*kalau tak silap lah.tapi KJ Math aku cakap max budak math buat tiga tahun. kalau tak siap jugak thesis tu KJ ckp siapkan jgk cepat2!! Kalau tak expel!! Buat malu jabatan je buat research lame2!!. Ahaha.

Ok sekian.

Next pro and cons Masters
Pro
Cons
1.Sambung belajar tambah ilmu. Allah suka 

Nabi Muhammad sayang.<3
“Tuntutlah ilmu sampai ke negara China.”
1.Part yang tak best kalau sambung ni bila on fb tengok kawan2 yang dah dapat kerja post sal dapat gaji beli kereta beli rumah etc.

2.Belajar tinggi2, nanti kerja pun best2.

gaji besar.
(InsyaALLAH.rezeki memang Allah bagi.tapi kita sebagai umatNya kena usaha.rezeki tak datang bergolek.)
2.Lagi jeles kalau tengok membe tunang atau nikah. Yess I do happy for them but at the same there is some evil voice keep saying cant you wait for me?? I wanna get married too!!! ;p

3.Kalau sambung sekarang, Malaysia ada dana MyBrain15. Sambung cepat2 dana ada sampai 2015 je..*Kita anak Malaysia rugi kalau tak ambil peluang ni. And I do totally respect post graduate foreigners bcoz they do spend a lot of money to get their Masters/PhD.
3.dan biasalah kalau sambung ni mesti nebes kan nanti boleh dapat kerja bagus2 ke tak ni.kang menganggur gak cane..emm kalau yang ni sebab aku dah terrrrsambung an, aku positifkan diri ajelah. Rezeki ada kat mana2.I do trust Allah so keep studying dear!


4.Cth macam aku aim nanti nak jadi lecturer.
Ni +- kiraan gaji seorang lec (PhD) IPTA
** lec aku yg gitaw time brainwash aku.
Basic+elaun rumah etc
4500+1000=5500 (*lebih kurang)
# so korang fikir2 kan lah.sebab Lec aku pesan:
“Awak fikir la.gaji mcm ni kalau degree holder nanti nak pencen baru boleh dapat.tapi kalau sambung masuk keje je terus dapat!!” (PM Dr.S, 2012) ^^


4.Ok, level Masters/PhD ni makin susah sayang.bukan makin senang. Logik lah makin meningkat tahap makin susah kan.so please be physically and mentally prepared!
 
5.Lagi isu kenaikan gaji tahunan. Kalau gred tinggi kenaikan tahunan pun makin banyak.cth dalam gambar rajah 1 di bawah.
5.Ok lagi satu.last kot.bila sambung rasa makin tua.ni serious ok.sumpah tak tipu. Tua dengan belajar hadap buku journal je. =.=  sebab kalau orang taw ko sambung dia akan panggil ko akak Masters walaupun dyorang bukan junior korang pun!! Cesss.pffftttt


Gambar Rajah 1

Dulu time nak decide nak sambung Masters ke tak nak memang tempoh yang betul2 mencabar bagi aku. Just like putting my life on the line. Risky yet I take the challenge and im gonna finish what I have start.

Extra reasons why I proceed my studies.


  • Dulu ada sekali aku sembang2 dengan Chinese aunty ni, dia tanya aku tengah buat apa sekarang..so aku cerita lah pasal saya baru habis belajar tapi tengah siapkan FYP lagi bla3..pastu bila aku cakap tatau nak sambung atau kerja dia bagi nasihat kalau ada peluang sambung, sambung la..aku pulak macam tersentap sebab dia non-muslim no related blood with me and plus kami baru je kenal just like ten minutes and she already give such generous advice. Sebab kalau aku sebagai ‘orang luar’ kan mesti cam dalam hati cakap lantak ko la nak sambung ke tak nak.huhu. 
  • Dulu lepas grad time tunggu nak konvo memang aku ada apply keje.skali aku apply Masters.pokoknya semua kena apply lah.pilihan nanti buat kemudian. nak dijadikan cerita, aku dapat iv tapi ma abah tak bagi pergi iv jauh tu. aku memang frust menonggeng la. masa tu line nak dapat kerja tak smooth tapi tiba2 offer letter sambung blaja dah sampai plak kat rumah aku. So i take it as a sign from Allah to further my studies.=)
  • Dan part yang paling best, sebab aku tak cukup genius nak amek medic dulu kan, so insyaALLAH nanti kalau ada peluang sambung PhD aku pun dapat title Dr jugak la kan.keh3. 
  • Dr. Nor Iza Anuar Razak.solehah nama ni.heheheeee

So guys, kalau ada peluang sambung belajar, why not dear??  =)

*special entry for miss nabilah. haha.aku rasa entry ni macam bias sebab aku pun memang sambung an.ahaha.sory bil letrik!!!